aku mencintaimu bkn kerana kekayaan padamu,
aku mencintaimu bkn kerana keayuanmu,
aku mencintaimu kerana cinta itu kamu..
Sebenarnya bukan pasal ayat di atas aku nk kongsi ngn korang ! aku nk share pasal kehidupan ku. Setiap manusia mesti ada kesilapan, bukan semua org perfect sedia kala. Selain itu, perasaan suka dan duka timbul di dalam perasaan seseorang manusia jika memikirkan sesuatu yg terpendam di dalam hati. Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah paling sempurna dibandingkan dengan seumpamaan, termasuk diantaranya Malaikat, Jin, Iblis, Binatang, dan lain2 . Tetapi kita sendiri sebagai manusia tidak tahu atau tidak kenal akan diri kita sendiri sebagai manusia.
Tapi bukan pasal manusia aku nk beritahu dengan korang semua.. !
( mesti korang geram kan mana la tajuk utama .. )
Sebenarnya aku nk berkongsi cerita dimana kehidupan ' Seni Halus ' . Sebelum masuk tajuk utama, aku ni bukan suka sangat nk mengarang2 ayat ni , lebih suka melukis . Setelah lama terpendam di dalam hati ni, rasanya sudah tiba masa untuk aku meletopkan.
Aku nk share nasib masyarakat di dunia yg beraliran 'Seni Halus' . Ingat lagi time aku kecik2, skolah rendah, cikgu boleh marah kenapa kamu tulis tangan kiri ??
(dalam hati, emak aku tak cakap pape yg cikgu ni sibuk kenapa .. )
Pada masa yg sama, aku tgh khusyuk2 melukis, cikgu tu boleh ckap aku tak ulangkaji ! padahal aku tgh belajar melukis tu.. Kesian btul aku time tu, nk marah tak boleh, kecik2 mana la tahu..
Kini di sekolah menengah , aku ambik aliran 'Pendidikan Seni Visual'. Yang menghairankan nya, cikgu yg paling aku rapat dia tak kasi aku ambik seni, suruh ambik subjek akaun ! Time tu memang tak la kan. Dah aku minat seni, aku memang tak suka mengira2 ni, lagi pun suka hati aku lah nk ambik yang mana satu .. (tiba2 emosi ) . Situasi di dalam kelas seni, tgh syok2 layan feeling melukis + mewarna ni, cikgu dtg kt tempat saya ..
('' ni ke lukisan kamu ?? , kalo cm ni anak saya pn boleh buat lebih baik drpd kamu '' ) .
Punya la bengang giler time tu, rsa nya nak je melawan . Lastly time final projek aku buat yang terbaik, terdiam cikgu seni tu.
Disini aku nk beritahu kt korang, bukan senang nk melukis sesuatu . Pandangan org ramai ckap senang, '' ala, lukis je pn . bukan nya susah mana.. '' . Ramai yang kata aliran seni ni tak ada masa depan ? tak ada keje. ! macam2 la kata2 org ramai, padahal seni ni prospek time keje boleh jd designer .. Cuba korang buat satu lukisan, buat bentuk bulat ? mest ada yg senget2 kan ? Dan sebab tu lah aku ambik aliran seni.
Setelah lama aku membebelkan , aku nk tunjukkan lukisan aku, bukan la perfect sgt. tp rasa puas hati dengan hasil tangan sendiri . Ianya membantu aku untuk mengisi masa lapang . Dengan lukisan ni lah jd peneman aku tiap2 hari. Tak sia2 aku belajar aliran seni. Baru berjinak2 dalam oil painting. Dalam proses lg untuk next painting (wait n see) So korang pn kalo minat ambik lah aliran seni tw ! .. Cuma rajin tak rajin je buat lukisan.



up load laa lg drawng..bole tgok...
ReplyDelete