Followers

Saturday, 2 July 2011

Masyarakat Zaman Sekarang !

Assalamualaikum w.b.t.


1stly aku nk ucap terima kasih kerana follow my blog, yg tak seberapa tp bg yg baru buat aku rasa da puas hati.. Sebenarnya aku nk share ngn korang semua pasal 'Kesan Kepada Perokok'. Benda ni dah lama jgak aku pendam2 kan dalam hati ni, cuma aku rasa sudah tiba aku jelaskan sket2 . Manalah tahu, lepas korang baca ini boleh berhenti dengan kegiatan yg tidak berfaedah ini.


Sebenarnya dah berbuih kot nasihat kt kengkawan,rakan2, semua nya tak ambik tahu. Mcm tak pape yg berlaku?    Kenapa mesti hisap rokok : 


sbb ( kelakian )  ?
sbb ( macho ) ?
sbb ( nampak dewasa ) ?
sbb ( matang ) ? 
sbb ( dapat rileks tenangkan fikiran ) ?
sbb ( nampak megah bila org pandang ) ?


K-mon la (dah masuk maharaja lawak plak).  Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Bagi mereka, kalau tak merokok sehari memang tak sah. Jawapan nya ada pada anda sendiri ! sbb anda semua la yg menentukan baik dan buruk. Padahal byk sekarang papan iklan yg menunjukkan tentang bahaya nya kepada perokok. Tp tu semua gimik2 je, semua tak nak ambik berat langsung !!


Ingat lagi, waktu aku nk main futsal. aku tengok budak kecik berumur dalam lingkungan budak sekolah. Dengan senang lenang nya dia boleh hisap rokok macam org dewasa . (siap buat bulat lg dengan asap tu) . Aku rasa sudah masanya untuk kita ubah kepada remaja2 sekarang supaya tidak terpengaruh dengan benda2 macam ni. Lagi pun, dengar2 khabar angin harga rokok pun mahal sekarang. Kalau tak silap sekotak dalam RM 10. Cuba lah duit tu simpan lagi bagus, menyusahkan emak bapak bagi duit untuk belajar, tp guna duit itu beli rokok ! Aku pn tak nak nasihat kat korang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hentikanlah tabiat itu.  Bukan sahaja mensia-siakan pengorbanan wang ringgit emak bapak , tetapi juga menipu diri sendiri ! Sepatutnya berasa malu !
( tiba2 emosi )





Jumlah purata bg perokok 75 % dan selebihnya 25 % yg tidak merokok. Pada jumlah tersebut   perokok lebih tinggi . Pada waktu yg sama, aku nak berpesan kepada perokok, 'Tolong lah ubah sikap ! , ingat lah org tersayang (macam iklan kemalangan jalan raya) tp ni untuk perokok. Aku tahu, lepas ni mesti kawan2 aku tarik muka kan ? tak nak bercakap dengan aku, yelah sebab aku nasihat,membebel, dan sebagainya . Sebenarnya aku nak cakap depan ( baru gentleman ) , tp bila aku nasihat kan nanti bukan nak dengar sangat kan ! 

Aku bukan lah nak kata diri aku perfect, tp dengan adanya usaha, yakin, tekad, untuk berhenti daripada merokok ! Hope, dengan karangan aku ni tolong la ambil perhatian sikit. Ubahlah sikap macam ni, lagi pun membahayakan kesihatan . Aku rasa sampai kat sini je lah aku beritahu, bila banyak2 nanti mesti la tak terbaca nya. 
'' Teach Your Mind To Be Right '' 
Akhir kata , '' Berubah Lah Di Kala Kita Sebelum Terdesak '' .

Friday, 1 July 2011

Detik Bermulanya Kehidupan

                            Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, 
                          aku mencintaimu bkn kerana kekayaan padamu, 
                               aku mencintaimu bkn kerana keayuanmu,
                                 aku mencintaimu kerana cinta itu kamu..
                 

Sebenarnya bukan pasal ayat di atas aku nk kongsi ngn korang ! aku nk share pasal kehidupan ku. Setiap manusia mesti ada kesilapan, bukan semua org perfect sedia kala. Selain itu, perasaan suka dan duka timbul di dalam perasaan seseorang manusia jika memikirkan sesuatu yg terpendam di dalam hati. Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah paling sempurna dibandingkan dengan seumpamaan, termasuk diantaranya Malaikat, Jin, Iblis, Binatang, dan lain2 . Tetapi kita sendiri sebagai manusia tidak tahu atau tidak kenal akan diri kita sendiri sebagai manusia. 




Tapi bukan pasal manusia aku nk beritahu dengan korang semua.. !
 ( mesti korang geram kan mana la tajuk utama .. )
Sebenarnya aku nk berkongsi cerita dimana kehidupan ' Seni Halus ' . Sebelum masuk tajuk utama, aku ni bukan suka sangat nk mengarang2 ayat ni , lebih suka melukis . Setelah lama terpendam di dalam hati ni, rasanya sudah tiba masa untuk aku meletopkan.


Aku nk share nasib masyarakat di dunia yg beraliran 'Seni Halus' . Ingat lagi time aku kecik2, skolah rendah, cikgu boleh marah kenapa kamu tulis tangan kiri ?? 
(dalam hati, emak aku tak cakap pape yg  cikgu ni sibuk kenapa .. )
 Pada masa yg sama, aku tgh khusyuk2 melukis, cikgu tu boleh ckap aku tak ulangkaji ! padahal aku tgh belajar melukis tu.. Kesian btul aku time tu, nk marah tak boleh, kecik2 mana la tahu.. 


Kini di sekolah menengah , aku ambik aliran 'Pendidikan Seni Visual'. Yang menghairankan nya, cikgu yg paling aku rapat dia tak kasi aku ambik seni, suruh ambik subjek akaun ! Time tu memang tak la kan. Dah aku minat seni, aku memang tak suka mengira2 ni, lagi pun suka hati aku lah nk ambik yang mana satu .. (tiba2 emosi ) . Situasi di dalam kelas seni, tgh syok2 layan feeling melukis + mewarna ni, cikgu dtg kt tempat saya ..
 ('' ni ke lukisan kamu ?? , kalo cm ni anak saya pn boleh buat lebih baik drpd kamu '' ) .
Punya la bengang giler time tu, rsa nya nak je melawan . Lastly time final projek aku buat yang terbaik, terdiam cikgu seni tu. 


Disini aku nk beritahu kt korang, bukan senang nk melukis sesuatu . Pandangan org ramai ckap senang, '' ala, lukis je pn . bukan nya susah mana.. '' . Ramai yang kata aliran seni ni tak ada masa depan ? tak ada keje. ! macam2 la kata2 org ramai, padahal seni ni prospek time keje boleh jd designer .. Cuba korang buat satu lukisan, buat bentuk bulat ? mest ada yg senget2 kan ? Dan sebab tu lah aku ambik aliran seni. 


Setelah lama aku membebelkan , aku nk tunjukkan lukisan aku, bukan la perfect sgt. tp rasa puas hati dengan hasil tangan sendiri . Ianya membantu aku untuk mengisi masa lapang . Dengan lukisan ni lah jd peneman aku tiap2 hari. Tak sia2 aku belajar aliran seni. Baru berjinak2 dalam oil painting. Dalam proses lg untuk next painting (wait n see) So korang pn kalo minat ambik lah aliran seni tw ! .. Cuma rajin tak rajin je buat lukisan.



Moral kt sni jgnlah anggap mudah dengan 'Seni Halus'.  Konklusinya aku nak beritahu kepada masyarakat di dunia belum matang lagi dengan aliran seni lagi ! . Masih belum pandai menilai 'Seni Halus'. Lastly '' Jangan Ambil Mudah Tentang Seni Halus ''

Thursday, 30 June 2011

 Assalamualaikom w.b.t..





















Salam perkhabaran sehalus angin . Yang didengari,lihat,rasai setiap titik-titik kehidupan ku dalam rancah teater kehidupanku. Bermula titik2 permulaan yang akan menjadi tempat luahan hati,  berkongsi cerita, dan lain2. Sebenar nya tak reti pn nk mengarang ayat2 ni., disebabkan teringin nk ada blog sendiri, ni la jadinya. Hope semua yg melayari blog ini, akan berpuas hati dan dapat share something (Sharing is Caring).